Selamat Hari Jadi Puan Rusilawati


we had a small celebration.
but meaningful..
selamat hari jadi ibu~
my heart belongs to you

bye kejap,

Today's word is brought to you by the letter H

just another tag.
from
Emi,
After reading kak as entry on missing mmu, i click at all my mmu friend's blog.
i definitely miss you guys.
tagging in blog can be some sort of a way of saying "i'm keeping in touch with you" and "i'm thinking of you".
and emi,
i heart and miss you
oyyaayy.. how i miss those EP moment.especially our homemade DIY recording session. singing to Rossa-pudar and Hoobastank, EP next-top model shooting, gossip2, exam week, movie night (kentut busuk kat you guys - laughing at me watching kal ho na ho and stairways to heaven)
housemate2 ku, i heart you guys

so here it goes..

It’s harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag ten people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real - nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.

The Letter is H

1. What is your name: Hani

2. A four Letter Word: Hand

3. A boy’s Name: Hameem

4. A girl’s Name: Hoku

5. An occupation: Handyman

6. A color: Hitam

7. Something you’ll wear: Happy face

9. A food: Honey glazed roast chicken

10. Something found in the bathroom: Hair Shampoo

11. A place: Home sweet Home

12. A reason for being late: Heart Attack

13. Something you’d shout: Ha?! Hish! Halamak! Heip! Hooray!! Hoyeah!! Huhuhuhu!! Hahahaha!! Hohohohoho!! Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

14. A movie title: Harry Potter and the Philosopher's Stone , His Girl Friday

15. Something you drink: Hot Chocolate

16. A musical group: High School Musical cast

17. An animal: Horse

18. A street name: jalan Hang Tuah, jalan Hang Jebat, jalan Hang Li Po

19. A type of car: Hyundai

20. The title of a song: Honey - Mariah Carey

tag:Pook, Marlia, Pak Mat, Rozie, Ika, Aaron, Syue, Aizar, Haizum, Astri


bye kejap,

fulfilling Sunday

wake up at almost 11, hani cepat cepat cari hannah montana.
hari sabtu hani hani dah missed satu episode sebab xm.

bangun je mak suruh makan,
mak masak bihun sup.
mak abah ngan wid-wid dah breakfast.
hani amik meja kecik, tong keropok, sos cili jalen
duduk depan tv. tengok tv sambil breakfast (^_^)

tengah hari sikit,
mak masuk bilik
"angah pi tengok abah hidupkan api kat luar tuh"
sambil main buaian, borak2 dengan family kat luar.
mak nak bakar ikan garupa for lunch.

lepas dah siap2, makan lunch ramai2.
mak masak siput sedut!

tapi...

takde pencuci mulut.
hani teringat cendol dalam peti ais,
bukak peti ais, mak kata " dah habis dah cendol tu"

macam tau-tau je mak nie.
"mak! abah! jom pegi seremban makan cendol leman dawi jom!!"

(semalam tengok majalah3, ade slot cerita kedai cendol dekat seremban, tengok cendol dia sangat teruja.. letak jagung, pulut + kacang merah plus! boleh tambah secara percuma seberapa banyak yang termampu nafsu perut)
abah cepat2 suruh telefon leman dawi tanya bukak kedai ke tak hari ni?
bila hani phone, i cannot get thru. rasanya hari ni phone dia overload sebab bnyk sangat incoming call dari orang2 yang macam hani-teruja lepas tengok cerita dia dalam majalah3.
(T_T)
kecewa satu keluarga.

tengah mengenang nasib diri yang tak dapat makan cendol kat dalam bilik, tiba-tiba along ketuk pintu.

"ani cepat mandi, kita pegi alamanda."
yeay! hepi balik.

sampai alamanda dalam 10 minit berjalan-jalan, nampak kedai roti boy.
take a break sekejap makan rotiboy + cheesecake
sambil makan sambil cakap "eh, kita nie tak kenyang ke? baru je lunch tadi."

pusing2 alamanda dalam 30 minit, makan lagi, kali nie mak nak waffle, abah nak rojak.
then turun bawah, pergi tempat bowling.
hari ni ada tournament. so kena waiting list yang super panjang.
lepas tulis nama,
pergi cari surau.. kasi mak semayang kejap.

pusing2 alamanda, rasa bosan. jumpa baskin robbins. stop. (*^_^*)


(mak focus makan ais krim)

lepas tu ingat nak pegi main bowling, tapi mak dah nak pening2.
bila mak perut kenyang, mak rasa mengantuk
bila mak mengantuk, mak kena tido
Kalau tak dapat tido, nnt mak pening..
bila mak pening, mak cepat nak demam2

so balik, bye-bye bowling....
tapi takpe.

gendang gendut,
tali kecapi,
kenyang perut,
suka hati!

bye kejap,

Dejavu

Pagi-pagi mak abah dah kejut.
Hari sabtu, tapi hani bangun dengan malasnya macam nak pergi kerja.

why so early?
oh~ coz PTD.


hani takde poon nak study untuk PTD xm ni.

serupa macam takda masa nak study dan tak tau apa yang nak di'study'kan.

cuma tanya2 orang ramai dan membuat survey-survey biasa.

"susah tak solan die?"

"sape lagi yang pernah amik?"
"dia tanye pasal ape je?"
"nak kena study ke?"

hani tak tau poon kat mana xm dia,
kertas2 A B C D E tu ape?

ade berapa bahagian ke..

terus pergi je, abah hantar. hee =D


Lepas makan pagi baru hani terhegeh-hegeh baca balik slip peperiksaan, cari pen, pensel 2B etc.
amik pensel box wid2, bawak bekal nasi impit, dengan 2 botol air mineral.
5 minit je dah sampai ke SM sains selangor.

sampai sana cari2 tempat xm.

tiba-tiba rasa macam nak pergi amik SPM.


kertas A - tanya2 pasal sejarah, perlembagaan dan fakta2 semasa.

kalau soalan2 ekonomi hani boleh jawab dgn best nye.. tapi bila dia tanya pasal pertubuhan NAM, suruhanjaya Cobbolt, i'm totally lost!


kertas D - esei bahasa malaysia.
pergh!! paling susah.
hani jawab esei pasal penerokaan tanah tinggi dan lereng bukit.
Ya Allah, rasa sangat awkward membuat karangan dalam bahasa melayu.

all the time hani asyik dok fikir "however dalam bahasa melayu ape?"

adeke? buruk perangai.

karangan hani sangat dasyat apabila dibaca balik.

macam nak pergi pertandingan debat peringkat daerah.
ayat2 power seperti "unjuran-unjuran negatif", "fenomena in memberi impak positif didalam usaha..." telah diguna pakai secara berleluasa.

time hani menulis, dalam hati hani akan ikut cakap dalam bahasa baku ayat2 tu. tiba-tiba rasa macam zaman 90-an.


kertas E - english essay.

hehehe, yang nie hani takde masalah sangat. jawab seperti biasa.
jawab soalan no. 2 jugak - issues on security cameras.


then rehat.

time rehat hani jalan2 dekat bahagian belakang sekolah tu. ade satu kolam, ada bnyk pokok, redup je..

hani call azwa.bukak bekal. sambil makan, sambil cakap. ahahaha.. buruk perangai lagi :p

dalam kolam tu ada 4 ekor tortoise.

mama tortoise, papa tortiose dengan 2 baby tortoise. so cute.

terus tak endahkan ikan2 yang lain, pandang tortoise2 tu je.

sambil duduk2 hani terasa macam dekat sekolah balik, dejavu lagi..
nervous sekejap.

kertas B - soalan matematik + IQ test.

lepas makan, hani rasa macam mengantuk mengantuk, mata berat je..
masuk balik dalam kelas rasa macam nak tido.
little did i know.

10 minit jawab soalan2 tu terus hani rasa sungguh awake~
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
adeke tak boleh guna calculator?
alamak! sedih sangat. hani dah terlalu begantung pada calculator. pening2 hani pikir balik 8x4 berapa.
dah la math is my least favorite subject.

tergeliat urat2 otak recall balik nombor2 tu.

otak dipaksa menjawab soalan dengan cepat.

selamat takde short circuit.

40 question in 30 minutes.

terkejut, serius terkejut.

otak yang dah berkarat ni, terkejut.


kertas last - pemahaman.

setelah berasa sangat awake, soalan2 telah dijawab dengan begitu laju, 2 esei BM + 2 esei english dibaca dengan cepat, tangkas dan bergaya (eh?)

tak sabar nak habis kan xm.

dah fikir katil kat rumah time nie.


balik, along ajak pegi jalan TAR, tapi hani yang terkejut dan mengalami dejavu yang banyak monolak cadangan itu. Ini adalah kerana hani berpendapat bahawasanya tidur itu lebih baik. Selain dapat mengembalikan balik tenaga2 yang telah hilang, ia juga boleh membawa kepada perasaan beristirehat dan tenang agar hari-hari bekerja yang mendatang akan lebih bermakna.

sekian.

berkhidmat untuk negara.

majulah sukan untuk negara.

Malaysiaku Gemilang.
(mode esei bahasa Malaysia tidak di'off'kan lagi)


bye kejap,

move over monday blues, here comes teusday blues


sometimes i'm super busy, sometimes i'm not.
sometimes i get excited that i have a lot of assignment, sometimes i don't.

in the meantime, i'll just enjoy everything there is kat MP nie.

thanks vicky for the CD.
kawan love you la darl.


bye kejap,

siapa yang makan chili's dia yang terasa kenyangnye




Happy belated birthday kak vaany!
to celebrate, we deccided to go to chili's.

mak aih, super kenyang!
dah la breakfast hani sangat besar hari nie.
hani makan sangat lambat, agak mengah nak habiskan semua.

ashraf perli me,
kata "nie kalau boifren nak propose, kena propose sebelom makan, kalau tak penat tunggu."

then dorang2 sambut
"nak tunggu dessert memang tak sampai"
"nnt kena alert awal2 boifren dia pasal nie"
"takde letak2 dalam aiskrim ke, kek ke"

(T_T)
aiyah! normally not like this one,
just today je lor~
i eat in a normal pace i tell you.


bye kejap,

weekend in Mallacca again




pergi mana?
kenduri.
kenduri apa?
kenduri doa selamat + arwah.

thanks kat atok teh pernu, kasi doa selamat kat hani sebab dapat kerja.
<3
thanks kat kak zah n abg yus bawak kitorang jalan2 malam2 + supper, then balik pukul 3 pagi.
dah lama mengidam keluar malam nie =D
<3

oh~
rindu melaka balik.
great weekend.
i lyke~


bye kejap,