Dejavu

Pagi-pagi mak abah dah kejut.
Hari sabtu, tapi hani bangun dengan malasnya macam nak pergi kerja.

why so early?
oh~ coz PTD.


hani takde poon nak study untuk PTD xm ni.

serupa macam takda masa nak study dan tak tau apa yang nak di'study'kan.

cuma tanya2 orang ramai dan membuat survey-survey biasa.

"susah tak solan die?"

"sape lagi yang pernah amik?"
"dia tanye pasal ape je?"
"nak kena study ke?"

hani tak tau poon kat mana xm dia,
kertas2 A B C D E tu ape?

ade berapa bahagian ke..

terus pergi je, abah hantar. hee =D


Lepas makan pagi baru hani terhegeh-hegeh baca balik slip peperiksaan, cari pen, pensel 2B etc.
amik pensel box wid2, bawak bekal nasi impit, dengan 2 botol air mineral.
5 minit je dah sampai ke SM sains selangor.

sampai sana cari2 tempat xm.

tiba-tiba rasa macam nak pergi amik SPM.


kertas A - tanya2 pasal sejarah, perlembagaan dan fakta2 semasa.

kalau soalan2 ekonomi hani boleh jawab dgn best nye.. tapi bila dia tanya pasal pertubuhan NAM, suruhanjaya Cobbolt, i'm totally lost!


kertas D - esei bahasa malaysia.
pergh!! paling susah.
hani jawab esei pasal penerokaan tanah tinggi dan lereng bukit.
Ya Allah, rasa sangat awkward membuat karangan dalam bahasa melayu.

all the time hani asyik dok fikir "however dalam bahasa melayu ape?"

adeke? buruk perangai.

karangan hani sangat dasyat apabila dibaca balik.

macam nak pergi pertandingan debat peringkat daerah.
ayat2 power seperti "unjuran-unjuran negatif", "fenomena in memberi impak positif didalam usaha..." telah diguna pakai secara berleluasa.

time hani menulis, dalam hati hani akan ikut cakap dalam bahasa baku ayat2 tu. tiba-tiba rasa macam zaman 90-an.


kertas E - english essay.

hehehe, yang nie hani takde masalah sangat. jawab seperti biasa.
jawab soalan no. 2 jugak - issues on security cameras.


then rehat.

time rehat hani jalan2 dekat bahagian belakang sekolah tu. ade satu kolam, ada bnyk pokok, redup je..

hani call azwa.bukak bekal. sambil makan, sambil cakap. ahahaha.. buruk perangai lagi :p

dalam kolam tu ada 4 ekor tortoise.

mama tortoise, papa tortiose dengan 2 baby tortoise. so cute.

terus tak endahkan ikan2 yang lain, pandang tortoise2 tu je.

sambil duduk2 hani terasa macam dekat sekolah balik, dejavu lagi..
nervous sekejap.

kertas B - soalan matematik + IQ test.

lepas makan, hani rasa macam mengantuk mengantuk, mata berat je..
masuk balik dalam kelas rasa macam nak tido.
little did i know.

10 minit jawab soalan2 tu terus hani rasa sungguh awake~
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
adeke tak boleh guna calculator?
alamak! sedih sangat. hani dah terlalu begantung pada calculator. pening2 hani pikir balik 8x4 berapa.
dah la math is my least favorite subject.

tergeliat urat2 otak recall balik nombor2 tu.

otak dipaksa menjawab soalan dengan cepat.

selamat takde short circuit.

40 question in 30 minutes.

terkejut, serius terkejut.

otak yang dah berkarat ni, terkejut.


kertas last - pemahaman.

setelah berasa sangat awake, soalan2 telah dijawab dengan begitu laju, 2 esei BM + 2 esei english dibaca dengan cepat, tangkas dan bergaya (eh?)

tak sabar nak habis kan xm.

dah fikir katil kat rumah time nie.


balik, along ajak pegi jalan TAR, tapi hani yang terkejut dan mengalami dejavu yang banyak monolak cadangan itu. Ini adalah kerana hani berpendapat bahawasanya tidur itu lebih baik. Selain dapat mengembalikan balik tenaga2 yang telah hilang, ia juga boleh membawa kepada perasaan beristirehat dan tenang agar hari-hari bekerja yang mendatang akan lebih bermakna.

sekian.

berkhidmat untuk negara.

majulah sukan untuk negara.

Malaysiaku Gemilang.
(mode esei bahasa Malaysia tidak di'off'kan lagi)


bye kejap,

2 comments:

unknown said...

huh?
test mende ni?

Hani said...

exam PTD pegawai tadbir dan diplomatik
(T___T)
rozie rozie rozie rozie
hehehe